Tarikh sebenar Merdeka?

Beberapa jam sebelum entri nie disiapkan aku baru je berbalah dengan beberapa kawan baik aku...


Aku tak menyangka fahaman kami berbeza mengenai hari merdeka nya Malaysia... pada aku, aku lebih mengingati perjuangan mereka yang terdahulu sehingga beroleh kemerdekaan itu dari tarikh itu sendiri.

Kini persoalan yang menjadi bahan debat adalah - 31.08.1957 adalah tarikh Tanah Melayu merdeka (Semenanjung Malaysia) , manakala Sarawak (22.06.1963) dan Sabah (31.08.1963) - tak lupa Singapura yang sama menyambut hari merdeka pada 31.08.1963 sebelum mengubah kepada 9 Ogos setelah keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Jadi soalannya tarikh mana sebenarnya Malaysia merdeka?
Kawan - kawan aku memilih 16.09.1963 sebagai Hari Merdeka sebenar kerana pada waktu itu Malaysia ditubuhkan.

Apa yang aku kesalkan dalam kami berbalah perihal tarikh mana yang patut diraikan.. sedangkan kami sepatutnya lebih mengenang dengan rasa bangga kerana Malaysia tak kira Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak telah bebas dari penjajah, bebas dari kekejaman perang, bebas dari kehidupan darurat dan bebas untuk hidup. Waima apapun tarikhnya!


14 tahun lepas sewaktu aku di Genting (off topic : pergghh 14 tahun dah berlalu.....! tua dah aku nieh!)

Aku ikut kawan balik Kuala Rompin, Pahang sebab ada cuti empat hari. Itulah kali pertama aku pergi kampung orang tanpa ada emak ayah bersama. Aku tak ingat banyak cuma yang aku ingat kampung tuh dekat pantai.. hahaha...


Anyways, itu kampung kawan sebilik aku masa tu (kalau tak silap aku Asyikin kot.. Minta ampun aku lupaa!!) Disitu la aku berkenalan dengan Atok Jan - aku lupa gak nama sebenarnya yang aku tau orang panggil dia Jan dari pangkat Sarjan yang dia pegang. (Alfatihah : Dia dah meninggal dunia pada tahun itu juga - 1998)


Aku ingat Allahyarham bercerita tentang perjuangan dia sewaktu didalam askar Melayu menentang Jepun. Beberapa hari terpaksa cuba hidup dengan hanya minum air dari sungai kerana tak dibenarkan membuat unggun api. Tak tentu tidur terpaksa berjaga kerana takut di serbu musuh. Terpaksa menguatkan hati bila kehilangan rakan seperjuangan akibat terkena peluru sesat. Niat perjuangan Allahyarham hanyalah untuk keselamatan keluarganya di kampung dan kebebasan untuk anak cucu. Allahyarham Atok Jan sedarkan aku tentang merdeka bila dia kata.. Bila semua orang selamat baru kita semua dapat mula kehidupan. Bila semua selamat baru kita tahu bersyukur.



Sebelum tu aku mana peduli tentang Merdeka. Yang aku tau cari duit and spend it. Tiba hari Merdeka yang aku tahu sebelum tu - hanyalah cuti, double - pay, overtime, konsert. Kibarkan bendera?Adoii.. lambat cerita!


Sejak dari hari tuh aku selalu tanamkan dalam hati aku nie, Merdeka adalah hari untuk diraikan oleh sesuatu negara itu dengan bangga dan gembira. Kita perlu bangga dengan apa yang pejuang keamanan telah lakukan. Mereka bukan orang lain, mungkin atuk ayah kita, moyang kita, nenek kita, mungkin juga ibu ayah kita. Mereka inilah pahlawan dan srikandi yang perlu kita ingati dengan rasa bangga walau ada mereka yang telah gugur sewaktu mempertahankan negara. Malah ada tentera yang berasal dari Sarawak gugur di Tanah Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jasa bakti mereka harus dikenangi kerana mereka juga, kita hidup di Malaysia yang masih aman ini.


Mungkin masa inilah kita harus berubah cara berfikir... 

Pesanan khidmat masyarakat aku untuk SESETENGAH mereka yang berada di Semenanjung Malaysia - tolong berhenti menganggap Sabah dan Sarawak adalah 'luar negara'. Jangan kerana kita terpisah oleh lautan, berkerja memerlukan permit, memerlukan passport untuk masuk Sarawak (tak pasti di Sabah) - korang boleh - boleh jer tanya,"Bila nak datang ke Malaysia?"... 

Tolonglah...! Kami adalah sebahagian dari Malaysia laa. Dan tolong ubah cara pemikiran korang - Sabah dan Sarawak TIDAK lagi tinggal di pokok.. Alhamdullillah saya sendiri tinggal di pusat bandar yang bernama Kuching. Tolong sebarkan maklumat ini yer. Jika ada yang masih melabel orang dari Sarawak dan Sabah masih tinggal di pokok dan sebagainya, tolong hempuk dengan buku panduan telefon!

Pada aku apa salahnya kita yang berada di Sarawak (atau Sabah) menyambut juga Merdeka pada 31 Ogos? Kata 1Malaysia...kan?? Kita bukannya besar sangat pun.. 

Contoh seperti Amerika Syarikat.. tidak semua 52 negerinya mencapai kemerdekaan pada hari yang sama pun.39 buah negeri-negeri lain mencapai kemerdekaan pada tarikh dan tahun kemudian. Tarikh 4 Julai disambut sebagai hari kemerdekaan untuk seluruh Amerika Syarikat walaupun hakikatnya hanya 13 buah negeri yang mencapai kemerdekaan pada tarikh itu (4 Julai).


Sama gak dengan Indonesia yang mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 tetapi pada waktu itu tidak semua wilayah di negara itu yang dapat mencapainya.

Maka tidak sepatutnya menjadi persoalan sekiranya Hari Kemerdekaan bagi seluruh Malaysia terus kekal pada 31 Ogos dan 16 September sebagai Hari Malaysia.

Kalau tak kerana ada pertikaian dari Indonesia suatu ketika dahulu pastinya Tanah Melayu, Sabah, Sarawak & Singapura digabungkan pada 31 Ogos 1963....

jika Malaysia digabungkan menjadi satu entiti pada tarikh itu pastinya semua ini tak berlaku... kan? Tapi manusia sentiasa ada yang suka nak dibangkitkan menjadi isu. Lumrah alam...

Salam kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia tak kira dimana jua berada. Hayati perjuangan mereka yang mengorbankan masa, keluarga dan nyawa untuk kesenangan kita hari ini dan jangan persiakan. Doakan semoga Malaysia akan terus makmur dan sentiasa dikurniakan rezeki hingga ke akhir zaman.

Sedekahkan AlFatihah untuk pejuang keamanan negara kita.

A minute of silence for nation warrior that fights for justice and peace of our country.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

NTGravity : Memang patriotik sikit.... sebab Saya Anak Bangsa Malaysia!
Haiiitt~!!

You Might Also Like

6 Rants Found

  1. mek suka statement ktk mudah supaya org malaya harus ubah cara pemikiran terhadap org srwk n sabah...sidak seharusnya jgn berfikiran kolot,mdh kita tok diam atas pokok ka,apa la...rasanya sidak ya agik kolot mun dari cara berfikir la

    ReplyDelete
  2. thanks Adi Herman... huhu ya fakta sidak dari malaya need to know and understand..

    even kinek tok masih juak ada yg blom dpt terima hakikat ya.. heran i mengenang.... hahahaha

    ReplyDelete
  3. Bestlah semangat ktk.! Yalah lain org, lain pandangannya. Salute ngan smengat tok!

    ReplyDelete
  4. Thank you @ckynnogha78 benar kata ktk.. masa ya panas juak hati kmk.. tp lain org lain pandangan.. hehehe... kenak juak la semangat... negara kita tok bah.. hahahaha

    Terima kasih sama2la kita semangat merdeka... thank you komen entry kmk...

    ReplyDelete
  5. Semangat! Betul kata kitak. Tarikh ya penting, tapi jangan sampai ia membuatkan kita lupa semua perjuangan. Bagi yang sikmok celebrate 31 August tek, bah... iboh cuti oo. Keja jak, dah sik mok ikhtiraf tek nak? Sama juak dgn yg sikmok celebrate 16 Sept tek.

    ReplyDelete
  6. @Coffee Girl thank you cuz datang melawat... ahahaha... benar yaa.. and jangan hipokrit juak... kat fb status terit jak madah merdeka laa.. tapi hakikatnya sikmok terima... huhuhuh...

    ReplyDelete

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!