VIP : Vaksin Itu Perlindungan

Salaam...,

Pada 1 Oktober yang lepas, NTGravity Zone telah dijemput untuk menghadiri workshop bersempena Hari Rabies Sedunia [World Rabies Day] 2017 di mana pada kali ini bertemakan "Inisiatif Pemerkasaan Komuniti [Community Empowerment Initiative].


Hari Rabies Sedunia jatuh pada 28 September setiap tahun dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesan rabies terhadap manusia dan haiwan, memberikan maklumat dan nasihat tentang cara mencegah penyakit di masyarakat berisiko dan menegaskan usaha proaktif dan peningkatan dalam mencegah rabies .

Di Malaysia, dengan pengumuman baru-baru ini kawasan rabies yang meningkat di daerah Serian, Kuching dan Sri Aman, Sanofi Pasteur mengakui bahawa lebih banyak usaha untuk pendidikan awam yang berterusan adalah penting dalam memperkasakan komuniti agar proaktif mengawal dan menjadi sebahagian daripada usaha bebas rabies bersama-sama.


Sedikit mengenai - Sanofi Pasteur, bahagian vaksin di Sanofi, adalah syarikat terbesar di dunia yang menumpukan sepenuhnya kepada vaksin manusia. Sanofi disusun dalam lima unit perniagaan global: Diabetes dan Kardiovaskular, Ubat-ubatan Umum dan Pemasaran, Sanofi Genzyme, Sanofi Pasteur dan Penjagaan Kesihatan Pengguna.


Dianjurkan selari dengan Hari Rabies Sedunia, inisiatif ini melihatkan Sanofi bekerjasama dengan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Kementerian Kesihatan, Persatuan Perubatan Malaysia (Sarawak) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sarawak untuk memulakan program pemerkasaan masyarakat terutama ketua kaum dan badan profesional dalam kawasan yang dijangkiti wabak rabies.


Workshop yang merupakan ceramah pendidikan perubatan turut melahirkan program 'Train-the-Leader' untuk ketua kaum di Sarawak dan memberi kuasa untuk mengamalkan sikap proaktif dalam mengiktiraf, memantau dan melaporkan insiden rabies dalam usaha menghentikan penyebaran wabak ini.


Dari kiri
ketua masyarakat dari pelbagai komuniti,
Dr Vickneshwaran Muthu, Senior Principal Assistant Director  (Zoonosis) Disease Control Division, Ministry of Health Malaysia,
YB Senator Datuk Prof Dr Sim Kui Hian, Minister of Local Government and Housing Sarawak,
Dr Adrian Susin, Acting Director Sarawak Veterinary Services,
Dr Nicholas Jenek, Senior Officer Department of Veterinary Services Sarawak,
Dr Stephen Gabriel, Head of Veterinary Health and Compliance Sector, Department of Veterinary Services Sarawak,
Dr Adelina Cheong, Head of Medical, Sanofi Pasteur Malaysia,
Dr Ahn Wartel, Regional Medical Expert Asia & JPAC,
Ms. Tan Su Jean, Senior Brand Manager, Sanofi Pasteur Malaysia dan
Prof Datu Dr Andrew Kiyu, Faculty of Medicine & Health Sciences, Unimas
 

Sesi melekat beberapa origami kucing, anjing dan kelawar yang sering dikaitkan dengan wabak rabies ini.
Yang Berhormat Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak menyampaikan ucapan pembukaan.

Sesi Pertama : Pemilik Haiwan Yang Bertanggungjawab oleh Dr Stephen Gabriel yang merupakan Ketua Sektor Kesihatan & Pematuhan veterinar dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Sarawak.
Sesi Kedua : Pengurusan Sisa Buangan oleh Encik Timothy Marimuthu, Senior Executive dari Trienekens [Sarawak] Sdn Bhd.


Sesi Ketiga : Kebajikan Haiwan oleh Dr Nicholas Jenek, Senior Officer dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Sarawak. 


Sesi Keempat : Apa Yang Perlu Dilakukan Dengan Gigitan Dan Gejala Klinikal Rabies oleh Dr Vickneshwaran Muthu, PSenior Principal Assitant Director [Zoonosis] dari Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia

Sebelum bersurai - sesi foto bersama.

Marilah kita semua bersama memahami mengenai Rabies dan langkah keselamatan serta sebarkan maklumat ini.




NTGravity : Rabies be gone!!
Nokotta~!!

You Might Also Like

0 Rants Found

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!